Inilah Akibat Salah Letak Harga Ketika Jual Tanah

Semak Market Value Tanah

“Tanah untuk dijual di Melaka. Sila hubungi 019 -xxx-xxxx”. Ini antara contoh format iklan paling ringkas bagi seorang tuan tanah lakukan untuk menjual tanahnya. Pada artikel kali ini, kami ingin berkongsi cerita cerita mengenai hal jual beli tanah yang pernah kami lalui. Kejadian ini baru sahaja berlaku. Ianya berlaku kira kira 2 tahun lepas sekitar pertengahan tahun 2014.

 

Seorang tuan tanah yg memiliki tanah di Melaka bertanyakan kepada kami mengenai harga tanah terkini di Melaka pada tahun 2014 ketika itu. Tuan tanah ini memiliki seekar tanah pertanian betul betul di tepi lebuhraya AMJ (Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin). Tuan tanah tersebut mengadu kepada kami bahawa beliau mengalami masalah sukar mendapatkan pembeli untuk membeli tanah beliau mengikut harga yang telah beliau tetapkan sendiri.

Tuan tanah tersebut merasakan bahawa beliau jual murah berbanding penjual lain. Akan tetapi sebenarnya tidak. Harga yang diletakkan oleh beliau sebenarnya sangat mahal bagi tanah jenis MCL (Malay Customary Land) atau dalam bahasa mudahnya ialah tanah berstatus Tanah Adat Melayu. Sebab itu pentingnya menyemak dahulu nilai semasa tanah sebelum menetapkan harga jualan.

Contoh Iklan Jual Tanah
Contoh Iklan Jual Tanah

Selain itu, kami juga berhadapan dengan situasi pemilik tanah menjual tanah dengan harga yang sangat murah dari harga pasaran. Akibat tidak peka dengan kemajuan sekeliling, tidak bertanya kepada jurunilai dan ditambah dengan faktor desakan ekonomi, memang berlaku situasi tanah dijual dengan harga yang sangat murah berbanding harga semasa.

Tuan-tuan dan puan-puan bayangkan, tanah yang mempunyai permintaan dengan harga RM200,000 dijual dengan harga RM50,000! Kalau jual pada harga RM150,000 untuk dapatkan pembeli kira munasabah lagi. Ini betul betul saat yang ditunggu oleh para pembeli untuk mengambil kesempatan. Sebab itu kami selalu tekankan kepada semua pemilik tanah yang berurusan dengan kami supaya jangan ambil mudah soal penetapan harga sebelum mengambil keputusan untuk jual.

Menjual tanah pada harga yang tinggi juga akan menyebabkan kita ditaksir oleh pihak berkuasa untuk membayar lebih cukai keatas pelupusan tanah yang kita lakukan. Di sini, selain menyemak nilai semasa pasaran tanah, ilmu mengenai percukaian dan jual beli tanah juga sangat penting. Ada beberapa kes seseorang itu di kompoun disebabkan kesalahan tertentu berkaitan jual beli tanah.

Semak Market Value Tanah
Jangan jual tanah anda selagi tidak semak NILAI TEPAT tanah anda.
Semak percuma di CheckMarketValue.com

Demikianlah sahaja perkongsian kami pada artikel kali ini. Untuk pengetahuan para pembaca yang melawati laman ini, CheckMarketValue.Com ialah entiti yang berkolaborasi dengan para penilai hartanah berdaftar di Malaysia. Kami memberikan servis percuma kepada sesiapa sahaja yang ingin menyemak NILAI TEPAT pasaran semasa tanah dan hartanah mereka tak kira di mana sahaja lokasi sebelum menetapkan harga rasmi untuk dijual. Semoga servis ini dapat membantu khusunya pemilik tanah yang ingin menjual tanah mereka.

Semak nilai tanah anda hari ini secara percuma!

 

One thought on “Inilah Akibat Salah Letak Harga Ketika Jual Tanah

Leave a Reply