Kenapa loan kereta RM100,000 boleh hutang 9 tahun tapi loan rumah RM100,000 nak berhutang sampai 30 tahun?

beli-rumah-beli-kereta-mana-dahulu

Di zaman yang serba serbi naik di Malaysia kini, berhutang merupakan salah satu fasiliti keperluan bagi mendapatkan sesuatu barangan keperluan seperti kenderaan dan rumah. Rata-rata hanya 5% sahaja rakyat Malaysia yang mampu membeli rumah dan kenderaan secara tunai. Selebihnya pembelian rumah dan kenderaan dilakukan dengan cara membuat pinjaman bank dan lain lain.

beli-rumah-beli-kereta-mana-dahulu
Nak beli apa dahulu? Rumah atau Kereta?

Tempoh Bayar Balik Hutang Pinjaman Perumahan

Bila kita bercerita mengenai trend rakyat Malaysia yang gemar memilih tempoh bayar balik hutang pinjaman perumahan semaksima mungkin, ianya bukanlah topik yang asing dan sudah menjadi taboo dalam rakyat Malaysia jika tidak memaksimakan tempoh bayar balik hutang pinjaman perumahan mereka.

Ramai sedia maklum, pada tahun 2017 banyak bank sudah menawarkan tempoh bayar balik pinjaman perumahan sehingga 35 tahun. Malah bagi pembiayaan untuk penjawat awam pula, mereka mendapat tawaran bayaran balik sehingga 90 tahun!

Kadar keuntungan yang diterima oleh pihak bank atas pinjaman perumahan

Jika kita selidik dan buat kira-kira dengan lebih terperinci, pasti ramai setuju bahawa semakin panjang tempoh pembayaran balik pinjaman perumahan, semakin tinggi kadar keuntungan yang akan dikenakan oleh pihak bank kepada peminjam.

Sebagai contoh, katakan kadar keuntungan setahun untuk sesebuah pakej pinjaman perumahan ialah 5%. Jika peminjam memilih tempoh bayar balik selama 30 tahun, secara kasarnya hampir 150% gandaan bayar balik dikenakan.

Anda bayangkan anda membuat pinjaman perumahan sebanyak RM100,000, tapi kena bayar balik sebanyak RM250,000. Berbaloikah?

Ada lagi beberapa budaya lain yang dilihat nampak pelik yang diamalkan oleh rakyat Malaysia hari ini. Antaranya ialah tempoh bayar balik pinjaman sewa beli kenderaan yang sama nilai dengan harga rumah, tapi boleh dibayar balik dalam tempoh yang singkat.

9 tahun untuk Honda City tapi 30 tahun untuk rumah teres setingkat Melaka

Sebagai contoh, sebuah kereta Honda City yang berharga RM100,000 boleh dibayar balik pinjamannya dalam tempoh 9 tahun berbanding sebuah rumah teres setingkat di Melaka yang memerlukan 30 tahun lamanya untuk membayar balik pinjamam yang sama harga iaitu RM100,000. Pelikkan?

Ada beberapa faktor yang menyokong perkara ini terjadi.Antara faktor utama ialah tawaran fasiliti daripada bank itu sendiri. Sebagai contoh ramai sedia tahu yang kebanyakan bank di Malaysia menawarkan tempoh bayar balik maksima untuk pinjaman perumahan ialah 30 tahun dan pinjaman sewa beli kenderaan ialah 9 tahun.

Mungkin kalau bank ada tawarkan tempoh bayar balik untuk pinjaman perumahan sehingga 100 tahun dan pinjaman sewa beli kenderaan sehingga 50 tahun, kita rakyat Malaysia akan bertransformasi ke satu budaya baru. Kan?

Budaya Pengurusan Wang dan Hutang

Kesimpulannya, sentiasa bijak dalam menguruskan hutang hutang merupakan penyelesaian terbaik bagi mereka yang sedang berada dalam situasi ingin menyelesaikan segera hutang mereka. Bagi mereka yang belum terlibat dalam apa-apa kontrak pinjaman bank atau hutang bank, disarankan supaya melengkapkan diri dengan ilmu kewangan yang mantap.

Kami di CheckMarketValue.com merupakan konsultan kewangan dan konsultan pelaburan hartanah yang diiktiraf di Malaysia. Kami telah membantu ramai rakyat Malaysia dalam menyelesaikan masalah kewangan mereka khususnya mereka yang mempunyai komitmen dan liabiliti tinggi dalam pinjaman perumahan.

Jika anda mempunyai rumah untuk diperiksa dahulu nilai pasaran rumah atau tanah sebelum ingin menjualnya, anda boleh menghubungi kami dengan mengisi online form di bawah. Servis percuma!

  • contoh: 20x70 sqft
  • Contoh: Renovation, dll
  • Drop files here or
    Saya dengan ini membenarkan CheckMarketValue.com untuk memproses data peribadi saya untuk menyemak nilai hartanah. Dengan memberikan kebenaran ini, saya:
    - bersetuju untuk CheckMarketValue.com untuk memproses data peribadi saya seperti Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
    - tahu bahawa saya mempunyai pilihan untuk tidak menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh CheckMarketValue.com, yang mana data peribadi saya tidak lagi boleh digunakan untuk apa jua tujuan.
    - Dengan memuatnaik data peribadi kepada CheckMarketValue.com, saya telah membaca dan bersetuju dengan Dasar Privasi dan Terma & Syarat dan telah menyetujui CheckMarketValue.com untuk menyimpan dan menggunakan data peribadi saya.

Leave a Reply