Lokasi Hartanah Di Melaka Yang Mempunyai Market Value Yang Baik – Bahagian 1 daripada 5

Soalan: Saya tidak menetap di Melaka. Tapi saya berminat untuk mengetahui pasaran hartanah di Melaka. Dan sejak kebelakangan ini saya memang merasakan ramai pelabur hartanah dari KL & Selangor mula “usha” hartanah di Melaka. Boleh kongsikan beberapa strategi dan cara untuk memilih lokasi hartanah yang terbaik di Melaka untuk pelaburan?

Jawapan CMV:

Untuk pengetahuan umum, boleh dikatakan hampir 80% hartanah yang lokasinya dibawah kelolaan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah & Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya ialah hartanah yang bagus. Bagus disini ialah bagus dari segi pulangan sewaan sama ada sewaan bulanan seperti rumah sewa, sewaan harian seperti homestay dan kenaikan nilai yang tinggi sesebuah hartanah tersebut dari tahun ke tahun.

Sebagai panduan untuk memilih lokasi yang strategik untuk melabur, memilih hartanah yang berada di dalam lingkungan atau berdekatan “Lingkaran Greater Malacca” boleh digunakan. Di gambar tertera ialah laluan pertama daripada empat laluan yang akan membentuk Lingkaran Greater Malacca yang lengkap.

Laluan Pertama Lingkaran Greater Malacca ialah:

  1. Jika anda mula memandu keluar dari Plaza Tol Ayer Keroh, ianya bermula dari persilangan Lebuh Ayer Keroh dan Lebuh SPA, hinggalah ke Simpang Empat Mitc bersebelahan Mydin.
  2. Kemudian di Simpang Empat Mitc tersebut anda perlu belok kiri, melalui Seri Negeri & Kompleks KDN dan terus ke Simpang Tiga Melaka Perdana berdekatan dengan Universiti Baru China.
  3. Di Simpang Tiga Melaka Perdana tersebut, anda perlu belok kanan, dan anda akan melalui Ozana, Kampung Tun Razak, Bukit Katil, Duyung, Jalan Pokok Pokok sampailah ke Simpang Tiga T Mati yang paling hujung sekali iaitu berdekatan dengan KFC & Stesen Petronas.
  4. Di Simpang Tiga T Mati ini, anda perlu belok kiri dan terus apit ke kanan untuk membelok dan menghala ke arah Alai. Di sini anda akan melalui Kandang dan ini ialah jalan utama yang digunakan untuk ke Telok Emas, Crystal Bay, Umbai, Muara Sungai Duyong & Permatang Pasir.
  5. Laluan Pertama Lingkaran Greater Malacca ini tamat di Simpang Tiga Permatang Pasir di mana jika anda belok ke kanan di simpang ini, anda boleh terus menghala ke Muara Sungai Duyong & Banda Hilir/ Pusat Bandar Melaka.
Laluan Pertama Lingkaran Greater Malacca
Laluan Pertama Lingkaran Greater Malacca

Screenshot peta “Laluan Pertama Lingkaran Greater Malacca” saya kongsikan di gambar post ini menggunakan Google Maps.

Pada akhir bahagian perkongsian “LOKASI HARTANAH DI MELAKA YANG MEMPUNYAI MARKET VALUE YANG BAIK – BAHAGIAN 5 DARIPADA 5”, saya akan rumuskan peranan booster di Laluan Pertama, Kedua, Ketiga & Keempat yang membentuk kepungan/lorekan/gambaran besar Lingkaran Greater Malacca.

Sekaligus akan merumuskan bahawa mana mana hartanah yang lokasinya berdekatan atau berada di dalam Lingkaran Greater Malacca ialah hartanah yang terletak di lokasi strategik di Melaka.
Sekian untuk perkongsian pertama. Terima kasih kerana membaca hingga habis dan teruskan follow untuk informasi/tips terkini mengenai pelaburan hartanah.

Untuk pengetahuan para pembaca yang melawati laman ini, CheckMarketValue.Com ialah entiti yang berkolaborasi dengan penilai penilai hartanah berdaftar di Malaysia.

Setakat tarikh artikel ini ditulis, kami memberikan servis percuma kepada sesiapa sahaja yang ingin menyemak NILAI TEPAT pasaran semasa hartanah mereka tak kira di mana sahaja lokasi hartanah sebelum menetapkan harga rasmi untuk dijual. Semoga servis ini dapat membantu lebih ramai pelabur hartanah atau pemilik hartanah yang ingin menjual hartanah mereka.

Semak nilai tanah anda hari ini secara percuma!

 

Leave a Reply