Lokasi Hartanah Di Melaka Yang Mempunyai Market Value Yang Baik – Bahagian 2 daripada 5

Soalan: Saya tidak menetap di Melaka. Tapi saya berminat untuk mengetahui pasaran hartanah di Melaka. Dan sejak kebelakangan ini saya memang merasakan ramai pelabur hartanah dari KL & Selangor mula “usha” hartanah di Melaka. Boleh kongsikan beberapa strategi dan cara untuk memilih lokasi hartanah yang terbaik di Melaka untuk pelaburan?

Jawapan CMV:

Untuk pengetahuan umum, boleh dikatakan hampir 80% hartanah yg lokasinya dibawah kelolaan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah & Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya ialah hartanah yg bagus. Bagus disini ialah bagus dari segi pulangan sewaan sama ada sewaan bulanan seperti rumah sewa, sewaan harian seperti homestay dan kenaikan nilai yg tinggi sesebuah hartanah tersebut dari tahun ke tahun.

Sebagai panduan untuk memilih lokasi yg strategik untuk melabur, memilih hartanah yg berada di dalam lingkungan atau berdekatan “Lingkaran Greater Malacca” boleh digunakan. Di gambar ialah laluan kedua daripada empat laluan yg akan membentuk Lingkaran Greater Malacca yg lengkap.

Laluan Kedua Lingkaran Greater Malacca:

Screenshot peta “Laluan Kedua Lingkaran Greater Malacca” saya kongsikan di gambar post ini menggunakan Google Maps.
  1. Laluan Kedua Lingkaran Greater Malacca ini bermula di Simpang Tiga Permatang Pasir di mana jika anda belok ke kanan di simpang ini, anda boleh terus menghala ke Muara Sungai Duyong & Banda Hilir/Pusat Bandar Melaka.
  2. Di sepanjang perjalanan menghala ke Banda Hilir/Pusat Bandar Melaka ini, anda akan melintasi Sungai Melaka dan pada masa yg sama Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyong terletak di sebelah kiri pemanduan anda.
  3. Di laluan ini juga anda akan melalui kawasan Padang Temu, Ujong Pasir, Pertam Jaya & Perkampungan Portugis.
  4. Laluan Kedua Lingkaran Greater Malacca ini tamat di Hatten City iaitu sebuah perbandaran baru yg dibina dengan usahasama pelabur luar di kawasan berhampiran Melaka Raya. Disini jika anda meneruskan perjalanan, ianya boleh membawa anda terus ke Pusat Bandar Melaka & Taman Kota Laksamana. Pusat beli belah popular Melaka iaitu Mahkota Parade akan terletak di sebelah kanan pemanduan anda.

Peta “Laluan Ketiga Lingkaran Greater Malacca” saya akan kongsikan pada post seterusnya.

Peranan Booster di Laluan Pertama, Kedua, Ketiga dan Keempat

Pada akhir bahagian perkongsian “LOKASI HARTANAH DI MELAKA YANG MEMPUNYAI MARKET VALUE YANG BAIK – BAHAGIAN 5 DARIPADA 5”, saya akan rumuskan peranan booster di Laluan Pertama, Kedua, Ketiga & Keempat yg membentuk kepungan/lorekan/gambaran besar Lingkaran Greater Malacca.

Sekaligus akan merumuskan bahawa mana mana hartanah yg lokasinya berdekatan atau berada di dalam Lingkaran Greater Malacca ialah hartanah yg terletak di lokasi strategik di Melaka. Teruskan follow untuk informasi/tips terkini mengenai pelaburan hartanah di Melaka.

Demikianlah sahaja perkongsian kami pada artikel kedua bagi topik ini. Untuk pengetahuan para pembaca yang melawati laman ini, CheckMarketValue.Com ialah entiti yang berkolaborasi dengan para penilai hartanah berdaftar di Malaysia.

Kami memberikan servis percuma kepada sesiapa sahaja yang ingin menyemak NILAI TEPAT pasaran semasa tanah dan hartanah mereka tak kira di mana sahaja lokasi sebelum menetapkan harga rasmi untuk dijual. Semoga servis ini dapat membantu khusunya pemilik tanah dan hartanah yang ingin menjual tanah dan hartanah mereka.

Semak nilai tanah anda hari ini secara percuma!

 

Leave a Reply