Lokasi Hartanah Di Melaka Yang Mempunyai Market Value Yang Baik – Bahagian 3 daripada 5

Soalan: Saya tidak menetap di Melaka. Tapi saya berminat untuk mengetahui pasaran hartanah di Melaka. Dan sejak kebelakangan ini saya memang merasakan ramai pelabur hartanah dari KL & Selangor mula “usha” hartanah di Melaka. Boleh kongsikan beberapa strategi dan cara untuk memilih lokasi hartanah yang terbaik di Melaka untuk pelaburan?

Jawapan CMV:

Untuk pengetahuan umum, boleh dikatakan hampir 80% hartanah yang lokasinya dibawah kelolaan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah & Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya ialah hartanah yang bagus. Bagus disini ialah bagus dari segi pulangan sewaan sama ada sewaan bulanan seperti rumah sewa, sewaan harian seperti homestay dan kenaikan nilai yang tinggi sesebuah hartanah tersebut dari tahun ke tahun.

Sebagai panduan untuk memilih lokasi yang strategik untuk melabur, memilih hartanah yang berada di dalam lingkungan atau berdekatan “Lingkaran Greater Malacca” boleh digunakan. Di gambar ialah laluan ketiga daripada empat laluan yang akan membentuk Lingkaran Greater Malacca yang lengkap.

Laluan Ketiga Lingkaran Greater Malacca:

  1. Laluan Ketiga Lingkaran Greater Malacca bermula dari Hatten City iaitu sebuah city center baru yang dibina dengan usahasama pelabur luar di kawasan berhampiran Melaka Raya. Disini jika anda meneruskan perjalanan, ianya boleh membawa anda terus ke Pusat Bandar Melaka & Taman Kota Laksamana. Pusat beli belah popular Melaka iaitu Mahkota Parade & Dataran Pahlawan akan terletak di sebelah kanan pemanduan anda. Dan projek mega terbesar di Melaka iaitu Melaka Gateway terletak disebelah kiri anda. Boleh rujuk http://www.melakagateway.com.my/official/project-highlights/
  2. Di sepanjang perjalanan menuju ke Sungai Udang, anda akan melalui Klebang. Di Klebang, anda akan melihat banyak projek pembangunan baru sedang digiatkan. Konsesi yang diberikan oleh kerajaan negeri untuk kerja penambakkan tanah di persisiran Pantai Klebang juga dapat dilihat sepanjang melalui jalan ini.
  3. Di laluan ini juga rancangan kerajaan persekutuan untuk membina Lebuhraya Persisiran Pantai laluan Banda Hilir-Klebang-Masjid Tanah akan dilakukan
  4. Perjalanan diteruskan dengan melalui Tanjong Kling dan beberapa kawasan peranginan tumpuan seperti Pantai Puteri/Pantai Kundor.
  5. Disini juga anda akan melalui Tangga Batu di mana terletaknya Pusat Penapisan Petronas. Jumlah pekerja berpendapatan tinggi yang ramai dan aktiviti perindustrian yang pesat di sini merancakkan lagi pembangunan dan seterusnya mengangkat Pusat Penapisan Petronas sebagai booster hartanah terkuat di sekitar Tangga Batu & Sungai Udang. Di sini, Kem Terendak terletak di sebelah kiri pemanduan anda.
  6. Laluan Ketiga Lingkaran Greater Malacca ini tamat di simpang tiga utama Sungai Udang yang bercantum dengan penghujung lebuhraya SPA. Spot lain yang boleh dilihat disini ialah Econsave Sungai Udang, Penjara Sungai Udang & Akademi Latihan RELA Sungai Udang.
Screenshot peta “Laluan Ketiga Lingkaran Greater Malacca” saya kongsikan di gambar post ini menggunakan Google Maps.

Peta “Laluan Keempat Lingkaran Greater Malacca” saya akan kongsikan pada post seterusnya.

Pada akhir bahagian perkongsian “LOKASI HARTANAH DI MELAKA YANG MEMPUNYAI MARKET VALUE YANG BAIK – BAHAGIAN 5 DARIPADA 5”, saya akan rumuskan peranan booster di Laluan Pertama, Kedua, Ketiga & Keempat yang membentuk kepungan/lorekan/gambaran besar Lingkaran Greater Malacca.

Sekaligus akan merumuskan bahawa mana mana hartanah yang lokasinya berdekatan atau berada di dalam Lingkaran Greater Malacca ialah hartanah yang terletak di lokasi strategik di Melaka.

Kami di CheckMarketValue.com merupakan konsultan kewangan dan konsultan pelaburan hartanah yang diiktiraf di Malaysia. Kami telah membantu ramai rakyat Malaysia dalam menyelesaikan masalah kewangan mereka khususnya mereka yang mempunyai komitmen dan liabiliti tinggi dalam pinjaman perumahan.

Jika anda mempunyai rumah untuk diperiksa dahulu nilai pasaran rumah atau tanah sebelum ingin menjualnya, anda boleh menghubungi kami dengan mengisi online form di bawah. Servis percuma!

BONUS UNTUK PEMILIK HARTANAH BERDEKATAN LALUAN KETIGA LINGKARAN GREATER MALACCA!

KAMI MEMPUNYAI DATA NILAI PASARAN PALING TERKINI UNTUK TAMAN TAMAN PERUMAHAN DI LOKASI BERIKUT:

TANJUNG BIDARA/PENGKALAN BALAK

  • Taman Bidara Palma
  • Taman Bidara Emas
  • Taman Bidara Setia
  • Taman Seri Bidara
  • Taman Bidara Jaya
  • Taman Bidara Permai
  • Taman Perindustrian Masjid Tanah
  • Taman Idaman Jaya
  • Taman Bidara Mekar
  • Taman Bidara Indah
  • Taman Mengkuang
  • Taman Paya Mengkuang

KUALA SUNGAI BARU

  • Taman Seri Kuala
  • Taman Desa Bayu
  • Taman Seri Gamelan
  • Taman Haji Abdullah Samad
  • Taman Sri Redan
  • Taman Seri Jeram
  • Taman Seruling Jaya
  • Taman Rebana Jernih
  • Taman Kompang Ria
  • Taman Kuala Damai
  • Taman Kuala Idaman

BANDAR MASJID TANAH

  • Pangsapuri Taman Seri Paya Rumput
  • Taman Seri Paya Rumput
  • Taman Paya Rumput
  • Taman Sri Aman
  • Taman Thamby Chik Karim
  • Taman Bandar Baru Masjid Tanah
  • Taman Bandar Baru
  • Taman Nilam

LONDANG

  • Taman Bukit Beringin
  • Taman Sri Permata
  • Taman Permata
  • Taman Alias
  • Taman Bukit Indah
  • Taman Sentosa
  • Taman Harmoni
  • Taman Ulu Sungai Baru
  • Taman Masjid Tanah
  • Taman Masjid Tanah Ria

SUNGAI UDANG

  • Taman Terendak Permai
  • Taman Pahlawan
  • Taman Bukit Terendak
  • Taman Seri Terendak
  • Taman Leech Avenue
  • Taman Hang Tuah
  • Taman Peruna
  • Taman Bandar Baru Sungai Udang
  • Taman Indah
  • Taman Terendak Heights
  • Taman Tanah Merah
  • Taman Desa Taming Sari
  • Taman Keris Satria
  • Taman Sungai Udang
  • Taman Keris Laksamana
  • Taman Keris Emas

Servis Percuma CheckMarketValue.com

Demikianlah sahaja perkongsian kami pada artikel kedua bagi topik ini. Untuk pengetahuan para pembaca yang melawati laman ini, CheckMarketValue.Com ialah entiti yang berkolaborasi dengan para penilai hartanah berdaftar di Malaysia.

Kami memberikan servis percuma kepada sesiapa sahaja yang ingin menyemak NILAI TEPAT pasaran semasa tanah dan hartanah mereka tak kira di mana sahaja lokasi sebelum menetapkan harga rasmi untuk dijual. Semoga servis ini dapat membantu khusunya pemilik tanah dan hartanah yang ingin menjual tanah dan hartanah mereka.

Semak nilai tanah anda hari ini secara percuma!

 

Leave a Reply