Proses dan cara jual rumah

Ini ialah penerangan paling ringkas dan lengkap yang belum dijumpai di mana mana laman web mengenai proses dan cara jual rumah di Malaysia. Setelah diselidik, kebanyakan laman web di carian Google menerangkan proses jual rumah secara panjang berjela, mengelirukan ataupun tidak lengkap.

Sebagai sebuah badan yang mengumpulkan pakar pakar berpengalaman dalam penilaian hartanah dan hal guaman hartanah, CheckMarketValue.com sekali lagi terpanggil untuk menulis sebuah artikel khusus secara kompak mengenai proses dan cara jual rumah di Malaysia jika anda ialah pemilik hartanah yang ingin melepaskan atau melupuskan hak milik hartanah anda.

Di bawah ialah proses proses penting yang terlibat.

SEMAK NILAI PASARAN RUMAH ANDA

Mendapatkan nilai pasaran hartanah terkini boleh dikatakan perkara yang paling penting sekali sebelum sesebuah hartanah itu dijual. Menjual sesebuah hartanah dengan harga lebih mahal dari harga pasaran akan membuatkan proses mendapatkan respon daripada pembeli hartanah yang berminat untuk membeli akan hambar.

Manakala jika menjual sesebuah hartanah itu lebih murah daripada harga pasaran akan menyebabkan kadar keuntungan hasil daripada penjualan tidak dapat dinikmati secara maksima. Walaubagaimanapun, di waktu ekonomi tidak menentu, walaupun sesebuah hartanah itu dijual lebih murah daripada harga pasaran, ianya belum tentu boleh menarik minat para pembeli.

SEMAK BAKI HUTANG KESELURUHAN RUMAH ANDA

Penting untuk mengetahui sekurangnya anggaran berapa baki hutang keseluruhan terkini sesebuah hartanah yang bakal dijual. Ini sangat penting bagi menetapkan berapa margin keuntungan dan berapa angka sebenar supaya hutang sesebuah hartanah tersebut betul betul langsai hasil dari penjualan yang dilakukan. Pernah satu masa kami uruskan pemilik rumah yang salah menetapkan harga jual rumahnya. Bayangkan baki hutang rumahnya ialah RM400,000. Tapi ingin dijual dengan harga RM350,000. Kan rugi tu!

TENTUKAN JULAT TERENDAH HARGA NEGO ANDA

Sesetengah pemilik hartanah disarankan menetapkan berapa harga terendah yang ingin dijual. Hal ini penting supaya matlamat penjualan sesebuah hartanah tersebut dapat dicapai. Sebagai contoh, jika seseorang pemilik hartanah itu bermatlamat memerlukan RM50,000 keuntungan hasil daripada penjualan hartanah untuk tujuan membiayai kos perubatan, pemilik hartanah tersebut mesti tentukan julat harga terendahnya.

Contohnya, katakan hutang rumah tinggal RM100,000 dan harga pasaran ialah RM180,000. Katakan harga pembukaan ditawar ialah RM170,000. Pemilik masih lagi untung RM50,000 jika julat terendah harga nego yang ditetaokan ialah RM150,000. Kan?

PILIH PEMEGANG AMANAH ANDA

Undang undang di Malaysia menetapkan bahawa dalam apa apa proses jual beli hartanah di Malaysia, waimah pemilik rumah sendiri tidak boleh mengambil apa apa deposit dalam apa apa bentuk dari mana mana pihak yang berminat untuk membeli hartanah mereka. Cara yang betul betul mengikut undang undang adalah dengan melantik pemegang amanah yang bertauliah. Di Malaysia, pemegang amanah yang paling layak tidak lain dan tidak bukan ialah peguam hartanah yang berdaftar dengan Bar Council Malaysia. Anda juga boleh menghubungi kami untuk mendapatkan senarai peguam terbaik yang boleh dilantik sebagai pemegang amanah.

FAHAMI PROSES DI PIHAK PEMBELI SUPAYA PENJUALAN BOLEH DISEGERAKAN

Memahami sedikit sebanyak proses jual beli rumah di Malaysia sangat membantu dalam proses mewujudkan persefahaman dan sikap toleransi antara penjual dan pembeli hartanah sehingga urusan selesai. Sebagai contoh, jual beli hartanah yang melibatkan hartanah jenis pegangan bebas dan badan pembiaya kerajaan seperti BPP atau LPPSA biasanya mengambil masa yang sangat lama. Kebiasannya tidak kurang setahun untuk proses ini selesai.

Pemahaman ini sangat penting. Kalau tak, masing masing akan menyalahkan antara satu sama lain. Ada yang salah kan pembelilah, penjuallah, kerajaanlah, banklah, peguamlah, pejabat tanah lah dan lain lain lagi. Dah faham proses, baru hati pun senang. Bila hati senang, kita pun akan cool jer.

Anda ada rumah atau hartanah nak dijual? Apa lagi, semak dahulu market value secara percuma dengan kami dengan mengisi online form di bawah. Di CheckMarketValue, segala data penilaian hartanah adalah tepat dan terkini.

Semak nilai tanah anda hari ini secara percuma!

Leave a Reply