Surat Terbuka Buat Pemilik-pemilik Hartanah di Melaka

Sebagai pihak bertanggungjawab yang sentiasa berurusan hampir setiap hari dengan pemilik pemilik hartanah di Melaka untuk membuat kerja kerja penilaian hartanah, memang tidak dinafikan ada pelbagai pengalaman dan peristiwa dilalui sepanjang menjalankan tugas kami.

Baru baru ini, pejabat kami didatangi oleh penyewa sesebuah hartanah di Melaka yang ingin membeli rumah yang sedang disewanya daripada tuan rumah. Berikut ialah antara kandungan surat terbuka atau intipati yang dapat penulis ceritakan semula sepanjang perbualan kami yang ditujukan khas buat pemilik pemilik hartanah di Melaka.

Surat Terbuka Buat Pemilik-pemilik Hartanah di Melaka

Saya ialah anak rantau yang berasal dari Pantai Timur. Menetap di Melaka selama lebih kurang 15 tahun membuatkan hati ini sudah terpaut untuk terus tinggal dan mencari rezeki di Melaka. Bila hati sudah berbunga untuk settle down di Melaka, sudah pasti antara perkara yang terdetik di hati ialah kena beli rumah di Melaka.

Selama 15 tahun menyewa, bermacam pengalaman telah dilalui sepanjang menjadi penyewa dan sepanjang sering bertukar tuan rumah. (Biasa tukar Tuan rumah sebab rumah nak dijual atau Tuan rumah nak duduk rumah tersebut).

Secara keseluruhannya, jujur saya katakan bahawa pemilik pemilik hartanah di Melaka semuanya baik-baik belaka, boleh bertoleransi dan yang paling best ialah sangat menjaga kebajikan penyewanya. Jika nak dibandingkan pengalaman menyewa rumah di Kuala Lumpur dan Selangor, ianya berbeza sekali. Pengalaman saya memang manis manis banyak di Melaka.

Berikut ialah 3 perkara yang saya dapat highlightkan:

JAGA KEBAJIKAN DAN TUNJUK AKHLAK YANG BAIK

hubungan pemilik dan penyewa rumah
Apa bila dapat pemilik rumah yang baik. Penyewa nak bayar sewa lewat pun segan. Jadi sebagai pemilik rumah, pastikan akhlak anda baik dengan penyewa. Mereka akan jaga rumah sebaiknya.

Tidak semua pemilik hartanah menjaga kebajikan penyewanya. Ada pemilik hartanah bila penyewa sudah tamat kontrak dan nak keluar rumah, kerosakan pun masih belum dibaiki. Berbeza pula di Melaka. Pengalaman saya menyewa rumah dan jika ada kerosakan yang saya tidak mampu untuk baiki sendiri, saya akan laporkan terus kepada tuan rumah.

Memang sepantas kilat mereka akan baiki kerosakan itu. Paling lewat pun keesokannya mesti mereka sudah datang untuk buat kerja membaiki kerosakan. Sama ada mereka akan menghantar tukang baiki atau Tuan rumah sendiri yang turun padang baiki sendiri. Hasil pemerhatian saya, faktor Melaka yang kecil dan memudahkan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat juga antara sebab tuan rumah boleh cepat datang hulurkan bantuan.

Kalau lalu highway SPA (Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh), setakat dari Masjid Tanah ke Batu Berendam tu, tak sampai setengah jam dah sampai. Selain itu, orang Melaka pula memang tak boleh dipisahkan dengan budaya suka buat kenduri kendara. Saya pula tidak terlepas menjadi tetamu jemputan kenduri kendaranya yang dilakukan hampir setiap bulan.

Bila dapat tuan rumah yang menunjukkan akhlak baik begini, kadang kadang bila kita nak culas bayar sewa rumah pun kita segan. Walaupun kadang kadang lari bajet untuk sesuatu bulan, nak tak nak kita boleh cari juga duit sewa rumah. Ada satu waktu tu tuan rumah pun memahami.

PANDAI MENGURUSKAN ASET

8 dari 10 pemilik hartanah yang saya pernah berurusan, saya boleh katakan mereka ini sangat mahir dalam menguruskan aset hartanah mereka dengan baik sekali. Pendek kata, semuanya boleh dikatakan sistematik. Kadang-kadang kita terfikir perjanjian sewaan yang disediakan oleh tuan rumah mesti menyebelahi pihak tuan rumah.

Tapi jika kita dapat tuan rumah yang pandai mengurus dan kita baca perjanjian sewaan itu betul betul, memang perjanjian itu tujuannya untuk memberikan situasi menang menang kepada kedua dua belah pihak. Sebagai contoh, ada satu klausa mengatakan jika tuan rumah menamatkan kontrak lebih awal, tuan rumah perlu bayar pampasan kepada penyewa.

apakah hak penyewa rumah
Pemilik rumah yang bagus akan menceritakan hak anda sebagai penyewa rumah. Situasi menang-menang (win-win) dalam perjanjian sewa rumah

Anda bayangkan kalau dapat tuan rumah yang tak pandai mengurus? Di mana hak anda sebagai penyewa? Sikap pemilik pemilik hartanah di Melaka yang celik hartanah ini buatkan saya selesa bersama keluarga dan rasa selamat untuk terus tinggal di rumah yang sedang disewa. Pemilik hartanah di Melaka juga suka jual rumah mereka untuk upgrade atau membeli rumah lain.

Paling best, pemilik-pemilik hartanah di Melaka ini siap letakkan syarat kepada bakal pembeli rumah mereka supaya kekalkan penyewa sedia ada dan tidak menaikkan kadar sewa selagi masih dalam kontrak sewaan. Jika ada bakal pembeli yang tak boleh terima syarat ini, memang mereka tak jual rumah mereka. Mereka betul betul jaga penyewa mereka. Hasil pemerhatian saya kenapa pemilik-pemilik hartanah di Melaka sangat sebagus ini ialah disebabkan faktor sejarah yang mengatakan Melaka ialah antara negeri terawal yang paling bertamadun di Tanah Melayu sejak dari zaman dahulu. Sebab itu hasilnya sehingga sekarang, orang orang Melaka semuanya baik baik, beretika, berakhlak dan bertamadun. Kan? Logik apa.

TIDAK LOKEK NASIHAT DALAM ISU PEMILIKAN HARTANAH

3 kali berturut turut saya mendapat tuan rumah selaku pemilih hartanah di Melaka yang sentiasa menasihati penyewa terutamanya penyewa melayu Bumiputera supaya berjuang dalam pemilikan hartanah supaya tidak ditinggalkan oleh bangsa asing. Saya pernah diajar cara urus wang supaya boleh beli dan memiliki rumah sendiri.

Saya pernah juga ditawarkan supaya membeli rumah yang sedang saya sewa oleh tuan rumah dengan harga murah dan tanpa deposit atas niat tuan rumah benar benar hendak membantu anak bangsanya memiliki aset hartanah di tanah air sendiri. Waktu tu saya tengah susah dan tiada modal. Gaji yang ada hanya cukup cukup sahaka untuk menyara keluarga. Saya suruh kawan saya beli dan saya sambung sewa dengan kawan saya. Dari riak muka tuan rumah suka tuan rumah tu nampak anak muda sebangsanya memiliki hartanah yang semakin hari semakin naik dan seperti tidak logik untuk memilikinya pada masa akan datang.

kongsi-idea-hartanah-melaka-surat-terbuka
Perkongsian nasihat berkenaan hartanah boleh diambil daripada pemilik rumah yang baik dan sistematik

Sebenarnya tuan rumah tersebut tidak kisah rumahnya terjual. Katanya dia akan beli rumah lain di Melaka ini dan tahu nak cari kat mana rumah yang bagus. Ada lagi situasi lain tuan rumah tawarkan beli rumah dan saya masih belum mampu untuk beli. Puas saya cari rakan rakan yang nak beli.

Akhirnya saya jumpa di internet laman web CheckMarketValue.Com. Lalu saya cadangkan tuan rumah sewa saya supaya menghubungi pihak CMV kerana saya diberitahu bahawa pihak CMV ada ramai kenalan daripada anak anak muda melayu bumiputera yang ingin membeli rumah di Melaka. Bermula di situ jugalah saya kenal team CMV dan disaat surat terbuka ini ditulis, saya menggunakan khidmat CMV untuk membuat laporan penilaian rasmi untuk membeli rumah yang saya nak beli daripada tuan rumah saya.

Kesimpulan Surat Terbuka

Itulah dia serba sedikit intipati surat terbuka bersama anak rantau yang kami kira sangat hebat merantau di bumi bertuah ini. Sebagai pemudahcara dalam menjalankan urusan penilaian hartanah sebelum dijual, kami amat terharu mendengar luahan anak watan ini. Semoga lebih ramai pemilik pemilik hartanah bukan sahaja di Melaka, malah di seluruh Malaysia supaya menteladani nilai nilai yang murni seperti yang diceritakan di atas. Oh ya. Bagi pembaca yang julung kali melayari laman web ini, kami ingin memperkenalkan siapa kami. Kami ialah entiti yang berkolaborasi dengan penilai penilai hartanah berdaftar di Malaysia.

Setakat tarikh artikel ini ditulis, kami masih lagi memberikan servis percuma kepada sesiapa sahaja yang ingin menyemak NILAI TEPAT pasaran semasa hartanah mereka tak kira di mana sahaja lokasi hartanah sebelum menetapkan harga rasmi untuk dijual. Semoga servis ini dapat membantu lebih ramai pelabur hartanah atau pemilik hartanah yang ingin menjual hartanah mereka.

Semak nilai tanah anda hari ini secara percuma!

Leave a Reply