Tanah merupakan sebuah komoditi yang terhad dan bernilai. Menjelang tahun 2018 dan 2019, banyak transaksi melibatkan jual tanah berlaku di Malaysia. Antara faktor yang menyebabkan banyak tanah dijual dengan harga yang murah ialah disebabkan keadaan ekonomi semasa yang meruncing sejak dari tahun 2017. Ini menyebabkan ramai pemilik terpaksa menjual tanah mereka.

Selain itu, tanah juga dikenali sebagai barang mahal yang sukar dapat pembeli. Disebabkan hal ini, ramai pemilik sanggup menurunkan sedikit harga jual mereka dari harga semasa supaya mereka boleh segera dapatkan pembeli. Hari ini, kami di CheckMarketValue terpanggil untuk berkongsi satu artikel mengenai proses jual tanah di Malaysia. Diharapkan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu pemilik pemilik tanah bagaimana hendak menjual tanah mereka.

Proses beli dan jual tanah di Malaysia

Sebagai permulaan, proses jual tanah di Malaysia secara teknikalnya adalah seperti:

  1. Pastikan segala dokumen berkenaan disediakan. Antaranya:
    • Dokumen hakmilik/geran asal
    • Resit terkini cukai tanah tahun semasa
    • Resit terkini cukai pintu/taksiran tahun semasa
    • Salinan kad pengenalan penjual
    • Salinan kad pengenalan pembeli
  2. Dapatkan borang pindah milik daripada pejabat tanah kawasan anda.
  3. Menyempurnakan atau mengisi dengan lengkap borang pindah milik dan menurunkan tandatangan dihadapan pegawai penyaksi pejabat tanah persetujuan pindah milik ingin dilakukan.
  4. Membayar duti setem ketasa transaksi pindahmilik tersebut di Pejabat Duti Setem, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
tips jual beli tanah
Antara kesilapan mereka yang jual tanah ialah tidak mengetahui proses-proses yang terlibat dalam transaksi jual beli tanah

Tips-tips jual tanah dengan mudah

Selain itu, kami juga ingin berkongsikan tips-tips untuk menjual tanah dengan mudah. Antara langkah cara jual tanah dengan mudah yang boleh diaplikasikan adalah seperti berikut:

Tips 1: Kenal pasti siapa pemilik-pemilik tanah tersebut

Jika tanah dimiliki oleh lebih dari seorang penama, kenalpasti semua penama penama tersebut. Kemudian, adakah anda salah seorang pemiliknya atau anda sekadar ingin tolong jualkan tanah tersebut.

semak nilai tanah sebelum jual
Semak nilai tanah di laman web ini secara percuma. Dapatkan khidmat nasihat perunding hartanah kami.

Tips 2: Semak nilai pasaran semasa tanah tersebuk (Check Market Value tanah)

Setelah kenalpasti pemilik pemilik, anda tidak mahu buat kesilapan dalam meletakkan harga sewaktu jual tanah, maka proses ini amat penting. Anda mungkin boleh melakukan survey secara rambang seperti melihat harga harga tanah di lokasi yang sama yg dijual di laman web laman web hartanah seperti di mudah.my dan sebagainya. Walaubagaimanapun, angka angka di laman web tersebut sudah pasti ianya harga jualan. Malah bukannya nilai pasaran yang tepat seperti yang disahkan oleh penilai hartanah bertauliah.

Cara paling mudah untuk untuk mendapatkan nilai pasaran tanah yang disahkan oleh penilai hartanah yang bertauliah ialah di laman web ini, CheckMarketValue.Com. Laporan yang kami berikan percuma! Dah dapat market value tanah, baru boleh tentukan harga jual atau selling price. Lepas tu baru boleh lantik peguam untuk buatkan kerja-kerja naik turun pejabat tanah, kerja kerja stamping dan sebagainya.Pastikan nilai hartanah semasa anda tepat. Kalau tak rugi!

Tips 3: Dapatkan pembeli yang terbukti mampu beli

Dapatkan pembeli yang terbukti mampu beli, tiada masalah kredit dengan pihak bank, tidak disenarai hitam atau muflis dan sebagainya. Kebanyakan pemilik tanah sanggup mengambil risiko untuk menjual sendiri tanahnya tanpa mengkaji dulu apa kesan dan akibat jika tersalah mendapatkan pembeli waimah bakal pembeli itu berduit sekali pun. Di CheckMarketValue.Com, hampir setiap hari kami beri nasihat perundingan cara jual tanah kepada pemilil pemilik tanah serata Malaysia. Paling seronok, kami boleh beri terus pembeli berkualiti kepada pemilik tanah yang masih mencari pembeli tanah yang genuine dan tiada masalah.

Categories: Blog

6 Comments

Rosman · 04/08/2020 at 3:22 AM

Bagaimana nak tahu nilai tanah yg saya nk jual ?

MOHD KHIR BIN SHAFIEE · 16/08/2020 at 11:15 AM

Bermanfaat

Dija · 09/10/2020 at 4:42 PM

Salam, macam mana saya nak check market value tanah ya. Saya tak jumpa cara yang betul.

ma · 14/11/2020 at 3:59 PM

salam encik..kat mana nk cek harga tanah..x der pn tools atau form kat dlm web CheckMarketValue.Com

Suzie · 06/12/2022 at 11:29 PM

Saya ingin tahu value tanah kebun kelapa sawit di kersang melaka.
Luas tanah ialah satu ekar setengah

Leave a Reply

Avatar placeholder

Your email address will not be published. Required fields are marked *