Kajian Menunjukkan Harga Rumah Bakal Turun Sampai Tahun 2021
Betul ke kenyataan berikut?
Harga rumah dijangka akan terus turun dalam jangka masa satu dan 2 tahun berikutan terlalu banyak rumah yang tidak terjual di negara kita ini. Nilainya mencecah hingga RM30 billion. Banyak kan?!
Trend pengurangan ini dijangka berterusan sehingga 2021 sehingga pasaran kembali pulih dengan peningkatan kadar pembelian rumah. Namun demikian, ia masih bergantung kepada lokasi hartanah tersebut.
Apa kesannya penurunan harga rumah kepada pembeli?
Semestinya, jika anda pembeli. Anda harus tersenyum kerana boleh membeli pada harga lebih rendah. Ini berikutan, kekurangan demand atau permintaan. Inilah yang dikatakan “buyer’s market”.
Namun, dalam masa yang sama… tak semua orang mampu membeli pada masa kini kerana keadaan ekonomi dan politik semasa yang tidak stabil.
Oleh kerana itulah, perkembangan ekonomi hartanah boleh dikatakan terjejas dan masih memerlukan masa untuk terus pulih.
Apa kesannya penurunan harga rumah kepada penjual?
Kepada penjual, ia bergantung juga kepada keinginan dan kehendak anda. Itu rumah anda. Ada sesetengah kawasan yang permintaan masih tinggi, maka harga rumah tidaklah jatuh teruk.
Ia juga bergantung kepada strategik anda menjual rumah. (Ini kami boleh cover pada masa akan datang). Namun, yang penting ialah untuk anda dapatkan nilai hartanah terkini supaya anda boleh elakkan menjual rumah anda pada kadar terlalu rendah. (Perkhidmatan kami percuma sahaja! Lebih lebih lagi jika anda betul-betul ingin menjual rumah dengan segera).
Apa kita boleh buat?
Tahun 2020 cukup mengajar kita semua untuk terus tabah menghadapi cabaran. Jadi, untuk tahun 2021 ni, teruskan usaha untuk membantu sesama kita.
Yang mana hendak menjual rumah, jika untung anda sudah banyak. Apa salahnya untuk kurang sedikit harga untuk bantu mereka yang masih belum memiliki hartanah.
Yang mana tersepit dan terpaksa jual rumah anda, kami juga boleh bantu. Kalau ada yang terpaksa lelong rumah anda, kami juga boleh bantu.
Semoga tahun 2021 ini bakal menjadi tahun yang lebih baik untuk pasaran hartanah demi kebaikan bersama.
0 Comments